PruBSN Anggun ialah pelan takaful khusus buat wanita — perlindungan yang menyeluruh untuk setiap peringkat kehidupan anda. Lindungi penyakit khusus wanita, sokongan kesihatan mental & kesuburan, serta ganjaran tunai untuk detik penting hidup anda.
Wanita bukan hanya berdepan dengan risiko penyakit biasa. Terdapat juga keadaan yang lebih khusus kepada wanita seperti:
Sebab itu perlindungan wanita bukan sekadar tentang “kalau sakit nanti macam mana?” Tetapi tentang: “Kalau sesuatu berlaku, adakah kewangan saya dan keluarga masih terjaga?”
Perlindungan yang diperlukan bagi setiap wanita, pada setiap peringkat hidup. Saya akan terangkan setiap manfaat satu persatu semasa konsultasi.
Pelan yang direka mengikut keperluan wanita pada pelbagai peringkat kehidupan — menawarkan perlindungan penyakit khusus wanita, kesejahteraan, pelaburan dan peluang untuk melakukan kebajikan.
Merangkumi pelbagai penyakit dan keadaan khusus wanita, termasuk sokongan untuk penyakit mental dan rawatan kesuburan.
Anda boleh memilih amaun perlindungan, tempoh perlindungan & rider tambahan berdasarkan keperluan dan bajet anda.
Mampu milik — perlindungan boleh dimulakan dengan bajet yang lebih fleksibel.
Amaun perlindungan akan dikembalikan semula kepada Jumlah Perlindungan Asas selepas 6 bulan dari diagnosis Karsinoma-In-Situ Wanita, jika tiada keadaan buruk berlaku dalam tempoh tersebut.
Layak mendapat ganjaran dan bantuan tunai di bawah Manfaat Peringkat Hidup untuk peristiwa kehidupan yang penting, sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
Bonus kebajikan: melalui Rider Ihsan, anda boleh membantu keluarga miskin tegar & miskin yang layak mendapat perlindungan takaful keluarga asas.
*Contoh senario bagi umur 25, bukan perokok, umur tamat 70 dan jumlah perlindungan asas RM35,000. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagi bakal ibu, PruBSN Anggun boleh dilengkapi dengan Mom Care — direka khusus untuk memberi perlindungan tambahan kepada ibu dan bayi.
Perlindungan terhadap komplikasi kehamilan termasuk kematian semasa kehamilan seawal minggu ke-14 kehamilan.
Membayar balik bantuan bagi rawatan kesuburan anda ketika diperlukan.
Perlindungan untuk bayi terhadap penyakit kongenital yang bermula sejurus selepas kelahiran.
Prosesnya ringkas — dan saya bantu anda dari mula hingga polisi aktif, tanpa jargon yang mengelirukan.
WhatsApp saya. Kita bincang fasa hidup anda sekarang, rancangan masa depan & perlindungan sedia ada.
Kita pilih jumlah perlindungan & tambahan (seperti Mom Care) yang sesuai dengan bajet anda.
Saya bantu isi borang & isytihar kesihatan dengan betul. PruBSN akan semak dan luluskan.
Polisi aktif — anda terlindung. Bila perlu claim, saya bantu uruskan dari A ke Z.
Soalan paling kerap saya terima tentang PruBSN Anggun. Tak jumpa jawapan? WhatsApp saya terus.
Pelan takaful yang dicipta khas untuk wanita. Ia melindungi penyakit khusus wanita, kesihatan mental, komplikasi kehamilan (melalui Mom Care) dan beri ganjaran tunai untuk detik penting dalam hidup anda.
Ya — Anggun ialah pelengkap kepada medical card. Medical card bayar bil hospital. Anggun fokus pada keperluan wanita — kanser wanita, kesihatan mental, kehamilan & ganjaran fasa hidup — yang biasanya tidak ditanggung sepenuhnya oleh medical card.
Sangat sesuai. Anggun direka untuk setiap fasa hidup wanita — bujang, berkahwin, jadi ibu hingga bersara. Mula awal bermakna sumbangan lebih rendah, dan anda sudah terlindung bila tiba fasa seterusnya.
Boleh jadi — bergantung pada usia kandungan & syarat semasa. Ada had minggu kehamilan untuk memohon, jadi lebih awal lebih baik. WhatsApp saya segera supaya saya boleh semak kelayakan anda.
Bergantung pada umur, tahap kesihatan, jumlah perlindungan & rider yang anda pilih. Pelan boleh dimulakan serendah RM50 sebulan* (contoh: umur 25, bukan perokok, perlindungan asas RM35,000). Lebih muda & sihat anda mohon, lebih rendah sumbangannya. WhatsApp saya untuk sebut harga peribadi PERCUMA — saya boleh sediakan beberapa pilihan ikut bajet anda.
Bayaran tunai bila anda capai detik penting dalam hidup — contohnya beli rumah pertama, tunai haji atau umrah, tamat pengajian Master/PhD, bersalin atau ambil anak angkat, bersara, atau kehilangan suami. Jumlahnya sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas. Syarat penuh saya terangkan semasa konsultasi.
Boleh — tertakluk kepada underwriting (semakan risiko). Kemungkinan ada sumbangan tambahan, pengecualian atau syarat khas. Penting: dedahkan dengan jujur — kalau sorok, claim boleh ditolak nanti. Saya bantu anda isytihar dengan betul.
Beritahu saya umur & bajet anda — saya sediakan cadangan PruBSN Anggun yang paling sesuai. Tiada paksaan, tiada follow-up menyakitkan hati. Janji.