Pelan Pre-Birth PruBSN memberi perlindungan takaful kepada bayi anda sejak masih dalam kandungan — termasuk penyakit kongenital selepas lahir — serta perlindungan untuk ibu jika berlaku komplikasi kehamilan. Daftar awal, hati lebih tenang.
Kebanyakan ibu bapa hanya fikir tentang perlindungan selepas bayi lahir. Tetapi ada risiko yang boleh berlaku lebih awal, seperti:
Sebab itu perlindungan bayi bukan sekadar tentang “nanti dah lahir baru fikir”. Tetapi tentang: “Kalau sesuatu berlaku, adakah si kecil saya sudah terlindung?”
Perlindungan untuk bayi dan ibu, bermula dari dalam kandungan. Saya akan terangkan setiap manfaat satu persatu semasa konsultasi.
Pelan boleh dimohon semasa bayi masih dalam kandungan, jadi si kecil sudah ada perlindungan dari hari pertama dia lahir.
Perlindungan untuk bayi terhadap penyakit kongenital tertentu (masalah kesihatan sejak lahir) yang dikesan selepas kelahiran.
Manfaat untuk ibu jika berlaku komplikasi kehamilan tertentu — kerana kesihatan ibu sama penting dengan kesihatan bayi.
Elak risiko permohonan ditolak atau dikecualikan jika bayi lahir dengan masalah kesihatan. Perlindungan sudah sedia ada.
Selepas bayi lahir, perlindungan diteruskan untuk anak — dan boleh dilengkapi dengan medical card serta rider tambahan.
Anda boleh memilih amaun perlindungan & rider tambahan berdasarkan keperluan keluarga dan bajet anda.
Manfaat, had minggu kehamilan & syarat kelayakan sebenar adalah seperti dalam dokumen pelan PruBSN. Tertakluk kepada terma, syarat dan underwriting (semakan risiko).
Pelan Pre-Birth hanya boleh dimohon dalam tempoh minggu kehamilan tertentu. Ini perjalanan ringkasnya.
Hubungi saya sebaik sahaja kehamilan disahkan. Saya semak bila anda layak memohon supaya tak terlepas tempoh.
Permohonan dibuat semasa bayi masih dalam kandungan. Saya bantu isi borang & dokumen yang diperlukan (seperti laporan imbasan).
Selepas lahir, maklumkan saya untuk kemas kini butiran bayi. Perlindungan diteruskan untuk anak anda.
Prosesnya ringkas — dan saya bantu anda dari mula hingga polisi aktif, tanpa jargon yang mengelirukan.
WhatsApp saya. Beritahu usia kandungan anda & kita semak kelayakan serta keperluan keluarga.
Kita pilih jumlah perlindungan & tambahan yang sesuai dengan bajet keluarga anda.
Saya bantu isi borang, isytihar kesihatan ibu & sediakan laporan imbasan. PruBSN akan semak dan luluskan.
Polisi aktif — ibu & bayi terlindung. Bila perlu claim, saya bantu uruskan dari A ke Z.
Soalan paling kerap saya terima daripada bakal ibu bapa. Tak jumpa jawapan? WhatsApp saya terus.
Pelan takaful yang dimohon semasa bayi masih dalam kandungan. Ia melindungi bayi daripada penyakit kongenital tertentu selepas lahir, dan ibu daripada komplikasi kehamilan tertentu. Selepas lahir, perlindungan diteruskan untuk anak.
Ada tempoh minggu kehamilan tertentu untuk memohon, dan ia boleh berubah mengikut syarat semasa PruBSN. Sebab itu lebih awal lebih baik — WhatsApp saya usia kandungan anda dan saya semak kelayakan dengan tepat.
Kalau bayi lahir dengan masalah kesihatan, permohonan selepas lahir boleh ditolak, dikecualikan atau dikenakan sumbangan tambahan. Dengan Pelan Pre-Birth, perlindungan sudah sedia ada sebelum apa-apa berlaku.
Kedua-duanya. Bayi dilindungi untuk penyakit kongenital tertentu, dan ibu dilindungi untuk komplikasi kehamilan tertentu. Manfaat tepat bergantung pada pelan & rider yang dipilih — saya terangkan semasa konsultasi.
Bergantung pada umur ibu, jumlah perlindungan & rider yang anda pilih. WhatsApp saya untuk sebut harga peribadi PERCUMA — saya boleh sediakan beberapa pilihan ikut bajet keluarga anda.
Biasanya salinan IC ibu dan laporan imbasan / rekod kehamilan (buku pink atau laporan doktor). Saya akan beri senarai lengkap dan bantu semak sebelum dihantar.
Mungkin boleh — tertakluk kepada underwriting (semakan risiko). Kemungkinan ada pengecualian atau syarat khas. Penting: dedahkan dengan jujur — kalau sorok, claim boleh ditolak nanti. Saya bantu anda isytihar dengan betul.
Beritahu saya usia kandungan & bajet anda — saya semak kelayakan dan sediakan cadangan Pelan Pre-Birth yang paling sesuai. Tiada paksaan, tiada follow-up menyakitkan hati. Janji.